Tuesday, May 12, 2009

Membuatmu Mencintaiku

Tiada kutahu bagaimana, aku telah mencintamu,
Tiada kusedar bila, aku telah mengasihimu.

Tidak perlu kau tahu isi hati ini,
Kerana ia tak mengharuskanmu,
Untuk mencintaku kembali.

Aku telah pernah terpaku padamu,
Berlabuh ia tanpa disedariku.

Aku telah pernah menyentuh wajahmu,
Walau tak tersampai jejariku menyapa kulitmu.

Semua itu hanya aku yang tahu,
Menguncinya didalam benakku.

Aku fahami semuanya,
Tak berdayaku membuatmu mencintaku,
Tak kusalahkanmu,
Itukan rasaku bukan perasaanmu

Nyata cinta ini tidak tersurat bagimu,
Hanya siratnya,
Seorang aku..

No comments:

Post a Comment