
Di sudut sendiri ini kutenggelamkan kesemua perasaan diri..
Dan di sini juga mula kupikirkan lagi..
Sudah kutelantarkan diri ini sebegitu lama sekali..
Dan tolonglah aku untuk kembali berdiri..
Perasaan meninggalkan ku sendiri..
Penyelesaian pun lari bersembunyi..
Sejenak ku pejamkan mata ini..
Hingga terciptalah bahasa sunyi
Sudah ku biarkan sendiri ini begitu lama..
Dan rasanya muak untuk terus saja terpelihara..
Kuingin seorang tahu dan mahu tahu..
Dan dari kamu aku ingin rasa ini tahu..
Dan cubalah untuk mengerti keadaan ini kerana,
Diriku rapuh disaat tak ditemani..
Aku harungi dalamnya lautan..
dan kini lelah datang mejemputku..
tapi kali ini aku mencuba untuk berpegang pada karang..
Dan hanya perlu kau tunjukkan padaku..
Kau selalu setia menemaniku..
Menjadi pelindung ke atas tingkah ku..
Dan aku sedia berjanji akan menemani setiap langkah helai nafasmu..
Selimuti tubuhku, karna ia sedang berjuang melawan perasaan hati..
Dan tetaplah bersamaku meski raga ini tak lagi berjiwa..
Meski tinggal debu tanpa asa dan rasa..